Khamis, 24 Mei 2012

aku dan kerja individu ku~

ASSALAMMUALAIKUM!
Ada orang tak?hehe..

ney muka hari ney..hihhi
yang separuh kebingungan laa knuk laa..

dan...jeng..jeng...jeng!
pacik ku sayang...
hahaha...laki ku bah..bukan pacik ku sayang..hahaha
......suami tercinta ku....
comel kn dyea??
aku suka tngok muka dyea yang slalu trep comel tuh..hehe
tapi mang comel.. ney muka dyea time tngok movie..
(jan marah yea dalinQ ku..d syg juak 100%..hehehe)
24.5.2012..jam4.53pm..hari khamis..

ari ney sbenarnya aku nak cerita pasal assaigment ku baru-baru ini laaa..
tajuk nya :budaya TANA TORAJA INDONESIA 

PENGENALAN
  1. Terletak di sulawesi indonesia
  2. Upacara pengebumian adalah terpenting di tana toraja.
KEPERCAYAAN DAN AGAMA
  1. Mempunyai kepercayaan animismi aluk to dolo(cara nenek moyang)
  2. majority beragama kristian.
  3. mereka percaya nenek moyang toraja datang dari langit dengan menggunakan tangga yang kemudiannya digunakan oleh suku Toraja sebagai cara yang berkaitan dengan Puang Matua,dewa pencipta.

PERAYAAN TRADISI DAN BUDAYA
(Ma’pasonglo’ (menurunkan jenazah dari rumah ke la’kian tempat jenazah ditempatkan pada saat upacara).

Upacara kematian di tana toraja adalah upacara yang paling terkenal di sekitar indonesia.
upacara ini biasanya dihadiri lebih dari beratus orang sama ada orang tempatan dan orang luar.

Ma’pasilaga tedong (mengadu kerbau).
nie salah satu perayaan dorang semasa menyambut kematian seseorang. kalau di malaysia pulak apabila orang mati pasti berkabung atau mengadakan kenduri tapi orang tator tidak melakukan semua itu, mereka mengadakan pesta yang unik dan gembira. 
Ma’badong
mereka bernyanyi dan menari untuk menyampaikan rasa sedih dorang terhadap orang yang mati itu.


 (rambu solo)
penyembelihan yang dilakukan tanpa belas kasihan terhadap haiwan.
dijalan kan selepas upacara ma'pasilaga tedong.
              
mayat yang dihidupkan kembali.

merupakan upacara tradisi yang dilakukan di tana toraja. diceritakan, mayat ini dapat berjalan sendiri melalui majlis pemujaan atau sihir yang dilakukan terhadap orang yang mati.. mereka membangunkan mayat ini disebabkan mereka tidak suka dikubur ditempat orang lain,maka terjadi lah upacara seperti ini. jika mayat tersebut berjalan orang ramai tidak boleh menegur atau menyentuh mayat tersebut kerana akan membatalkan sihir terhadap orang yang mati itu.jika dilihat dari gambar ini,mayat yang berhari-hari telah mati tidak reput sekalipun.. itu lah keistimewaan orang tator yg kita tidak perna ketahui..

CERITA DONGENG DI TANA TORAJA
kisah cinta LEBONNA DAN MAISULALUNG
  cerita cinta antara dua insan ini bermula apabila mereka mengikat janji untuk hidup semati di dunia dan mereka telah berjanji mereka akan mati bersama dan akan ditempatkan di dalam satu keranda.
selepas itu maisulalung telah dihantar untuk mengetuai perang di medan perang. 
setiap hari Lebonna menunggu kepulangan suami tercintanya. pada suatu hari,tentera medan telah mengkhabarkan kepada Lebonna bahawa Maisulalung telah tumpas dalam peperangan. Lebonna telah berasa sedih,dia telah menggantung diri di dalam biliknya.semasa lebbona dimakam kan,rambut lebbona telah sampai ke pintu pemakaman mayat. Rakyat tempatan percaya bahawa Lebbona Belum sanggup di makamkan tanpa Maisulalung dalam satu keranda.

setelah itu,maisulalung telah pulang dari medan peperangan,dia terkejut mendengar berita tentang kematian isteri tercintanya. masulalung hanya berkurung dalam biliknya sepanjang hari.Maisulalung telah teringat tentang janjinya bersama Lebbona dahulu. Dodeng adalah kawan kepada masulalung,pada petang itu Dodeng telah pergi mengambil nira yang berdekatan dengan kubur Lebonna.
semasa Dodeng mengambil nira dia terdengar suara jeritan yang sangat dikenalinya, iaitu Lebbona. Dodeng terus berlari pulang,dan dia terus sakit. Maisulalung meminta Dodeng menceritakan kepadanya apa yang terjadi semasa dia mengambil nira. Dodeng menceritakan apa yang terjadi. Keesokan petangnya, maisulalung telah mengikuti Dodeng untuk mengambil nira berdekatan kubur Lebbona, sepert yang Dodeng katakan adalah benar dan jelas sekali didengar oleh maisulalung tentang jeritan Lebbona yang memintanya agar bersama-sama untuk menunaikan janji mereka,dia terus berlari pulang dan menggurung diri di dalam bilik.

setelah itu,tanpa di duga Maisulalung telah dibunuh, dia telah dimakamkan bersama dengan Lebbona di satu tempat,tapi orang kampung sering melihat mayat Maisulalong telah pulang ke rumah dengan sendirinya.
Orang kampung percaya bahawa Maisulalung belum bersedia untuk mati.

Oleh itu,pengajaran dalam cerita ini..KITA JANGAN MENGIKAT JANJI KEPADA ORANG LAIN JIKA KITA SENDIRI TIDAK SANGGUP MENUNAIKAN JANJI KITA SENDIRI.


Assagmen yang telah aku siap buat..
dan telah aku bentang sambil bercakap bahasa Inggeris..
tapi bercakap dalam bahasa rojak laa..BM+BI..
hahaha,

tapi aku suka cerita nie..kalau disabah aku mempunyai kawan yang berasal dari sini..
paling tak tahan nak bercerita dengan kawan aku pasal budaya mereka..sebab
budaya mereka pelik.. aku tak tahu pulak apa pesta dorang yang sebat betis pakai lidi sampai bedarah.
hayoo..sakit nya tuh...sedangkan laki aku cubit tw ggt saya pown sua mo nangis..
apa lagi betis disebat pakai lidi..pedas nya tuh..

hehehehehehehehehehehe..
akhir kata...
thanx baca apa yang aku tulis..
sory kalau ada salah2x tulis..ngantok sua bui...
laki saa pown suh sua tdo..hehehe.. 

WASSALAM.....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan